Bersama Menjana Kecemerlangan UPM

Gerak dan AUKU

September 4th, 2008 Posted in Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)

Gerak menyambut baik usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memulakan proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU. Bagi melihat universiti-universiti Malaysia berada pada taraf dunia atau world class, maka perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian utama, diantaranya:

  • Kebebasan akademik untuk para akademik menjalankan tugasan mengajar, melaksanakan penyelidikan serta menyebarkan hasil kajian dan pandangan mereka tanpa takut atau berpihak.
  • Autonomi mahasiswa untuk melibatkan diri dan menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan terbuka demi meluaskan ruang sosial dan intelek mereka, justeru memastikan para graduan yang matang dan berpandangan luas.
  • Budaya universiti yang berasaskan integriti intelektual dan merit akademik
  • Autonomi universiti untuk membuat keputusan ke arah memenuhi tuntutan akademia serta masyarakat dan bukan kepentingan politik
  • Prof Wan Manan Wan Muda
    Pengerusi Gerak

    Isu selanjutnya di pautan ini.

  • Discuss bill first
  • You must be logged in to post a comment.