Bersama Menjana Kecemerlangan UPM

Sukan 3 Penjuru 2008 > PPUPM - PPAUPM - KEPERTAMA

November 18th, 2008 Posted in Berita Terkini | No Comments »

Persatuan Pentadbir (PPUPM), Persatuan Pegawai Akademik (PPAUPM) dan Kesatuan Kakitangan Am UPM (KEPERTAMA) akan mengadakan Karnival Sukan 3 Penjuru pada 29 November 2008 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari di  Pusat Sukan, UPM (Stadium).  Acara sukan tersebut adalah  Bolasepak 11 sebelah, Badminton (lelaki/wanita), Ping Pong (lelaki/wanita), Karom (lelaki/wanita), Sepak Takraw dan Bola Jaring. Objektif  karnival ini diadakan adalah untuk memantapkan perhubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli Persatuan Pentadbir, Persatuan Pegawai Akademik dan Kesatuan Kakitangan AM, UPM.

Barack Obama dan Demokrasi

November 7th, 2008 Posted in Berita dan Perisiwa | No Comments »

Perubahan yang drastik diramalkan  dapat dilakukan bakal Presiden Amerika Syarikat Ke-44 iaitu Barack Obama, Terutamanya perubahan dasar terhadap hubungan dengan dunia luar yang dianggap meruncing semasa di bawah pemerintahan George W. Bush. Kemenangan itu diharapkan mampu melakarkan sejarah dunia  oleh Presiden pertama bukan berkulit puteh. Amerika juga dengan bangganya telah menunjukkan ‘contoh’ kepada dunia bahawasanya demokrasi tulen telah tertegak utuh di Amerika Syarikat. Namun begitu perlu dihayati emas  yang tulen iaitu 100%  tidak sebaik emas 91.6% dari segi kekuatan mekanikal. Fikirkanlah.

PEMERHATI DUNIA

Tugas hakiki seorang Pensyarah

November 7th, 2008 Posted in Berita Terkini | No Comments »

PASTINYA masa ini insan-insan yang bergelar pensyarah sedang sibuk memeriksa kertas-kertas jawaban peperiksaan bagi setiap kursus yang dipertanggung jawabkan.  Masa 10 hari dari tarikh peperiksaan sudah pastinya cukup memadai. Sudah tentulah ada yang berkata “Soalan yang ini pun setudent tidak dapat jawab, pada hal aku dah ajar berkali-kali. Entahlah salah siapa?”. Kadangkala kita perlu rasa empati iaitu berada pada kedudukan mereka. Adakah sewaktu kita belajar dahulu, semua soalan dapat kita jawab dengan sebaiknya?

PENSYARAH PRIHATIN

Majlis Makan Malam PPAUPM 2008

October 24th, 2008 Posted in Berita dan Perisiwa | No Comments »

PPAUPM bercadang untuk mengadakan Majlis Makan Malam PPAUPM 2008 bersama-sama dengan Majlis Jemaah Dekan dan juga Majlis Jemaah Pengarah pada satu masa yang belum ditetapkan lagi. Pastinya ahli PPAUPM perasan bahawa pada tahun ini, tiada kurma dari PPAUPM diedarkan kepada ahli-ahli sempena bulan Ramadhan yag lalu. PPAUPM juga tidak mengadakan satu sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang rasmi pada tahun ini memandangkan agak banyak rumah terbuka Raya dianjurkan oleh pihak Fakulti, Institut, Pusat-pusat, jabatan dan sebagainya. EXCO PPA mencadangkan agar dipilih satu hari bagi penganjuran Majlis Makan Malam PPAUPM dalam masa terdekat. Pihak pemuzik dan penghibur dari dari kalangan ahli PPAUPM juga telah secara dasarnya bersetuju dengan projek makan malam tersebut dengan konsep “happy night”. Perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat EXCO PPAUPM yang dijangka diadakan pada awal bulan November 2008 ini. Sebarang cadangan pengisian Majlis Makan Malam PPAUPM 2008 bolehkan diajukan kepada sidek@science.upm.edu.my.

SETIAUSAHA KEHORMAT PPAUPM

Syabas dan Tahniah Pegawai Akademik UPM

October 20th, 2008 Posted in Berita dan Perisiwa | No Comments »

Ucapan Syabas dan Tahniah kepada Pegawai Akademik UPM yang baru menerima ijazah masing-masing sewaktu Majlis Konvokesyen ke 32 pada 18-22 Oktober 2008. Pastinya ada yang mendapat ijazah Master dan juga Doktor Falsafah. Kepada Tutor di kampus UPM, memandangkan ekonomi yang kurang memberangsangkan, eloklah menyambung pelajaran di dalam negeri dahulu sebelum melanjutkan pengajian diperingkat PhD di seberang laut. Saya pasti anda boleh berjaya dengan cemerlang walaupun dimana sahaja. Sewaktu di majlis konvo ke 32, teringat satu nasihat yang berguna iaitu “Jika nak belajar berenang perlulah dalam keadaan menentang arus, jika tidak kita akan dibawa oleh arus tersebut!”

SETIAUSAHA KEHORMAT PPAUPM